Jumaat, 12 November 2010

5 KEADAAN HARI RAYA SEBENAR BAGI ORANG BERIMAN

1) Setiap hari ia berjalan dan bertemu dengan seorang yang beriman serta tidak melakukan sebarang dosa,itu adalah hari raya baginya.

2) Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan.

3) Hari menyeberang Siratul Mustaqim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka.

4) Hari kita masuk ke syurga dengan selamat dan lepas dari azab neraka.

5) Hari ia menatap wajah Allah S.W.T.

Menurut Nabi Muhammad S.A.W, hari raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika, iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggalkan dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul Mustaqim, dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari ia mengadap Allah S.W.T.

  • Menjauhi Dosa
Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itulah hari raya bagi kita.Kalaulah kita berusaha bersungguh-sungguh menghindari diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adlah sebenarnya hari yang harus dirayakan. Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam hari raya yang dimaksudkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Saat sakaratul maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang teramat sangat bukan sahaja menimpa jasad bahkan rohnya juga. Seperti yang digambarkan oleh ulama, kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang atau digunting dengan beberapa gunting dan digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si mata...-dipetil dari I LOVE ISLAM-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan