Khamis, 11 November 2010

BILA LELAKI MENJADI DAYUS

Lelaki akan menjadi dayus apabila:

1)Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat atau di luar rumah.

2)Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama lelaki lain.

3)Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat(terselak kain)semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan.

4)Membiarkan anak perempuannya ber"dating" dengan tunangnya atau teman lelaki bukan muhrim.

5)Membiarkan anak perempuannya berdua-duan dengan pasangannya di rumah kononya ibu bapa 'sporting' dan memahami.

6)Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian seksi di luar rumah.

7)Membiarkan isteri atau anak perempuannya memasuki tempat-tempat yang mendatangkan maksiatserta menyertai program-program yang mendedahkan aurat mereka untuk tontonan jutaan manusia.

8)Membiarkan isteri atau anak perempuannya berpelukan dengan lelaki lain, walaupun atas dasar seni dan lakonan semata-mata.

9)Membiarkan isterinya disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki laintanpa sebab yang diiktiraf Islam seperti darurat ketika cuba menyelamatkannya dari lemas.

10)Membiarkan isteri dan anak perempuannya kerja dan keluar ruimah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

11)Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluanyang tiada pilihan.

12)Membawa isteri dan anak perempuannya untuk dirawat oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik atau hospital yang mempunyai doktor wanita.

13)Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang perasaan cemburu.

14)Membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan