Sabtu, 2 Januari 2010

sebab Islam haramkan emas untuk lelaki

Harian Metro, 1 Januari 2010...
di ruangan Ad-din...

aku tetarik dengan soalan ada saudara kita dari pulau pinang.

"apakah hukum lelaki memakai cincin emas putih, platinum dan suasa?"

jawapan:

Lelaki mempunyai kedudukan tertentu dalam Islam. antaranya sebagai ketua dan pemimpin. sebab itu Islam memberi perhatian sepenuhnya untuk membentuk jati diri seorang lelaki.

Dalam berhias Islam melarang lelaki daripada memakai perhiasan emas, tetapi mengharuskan perak. dalam berpakaian Islam melarang memakai sutera bagi lelaki dan membenarkan bagi wanita.Islam melarang lelaki menyerupai wanita dalam berhias dan berpakaian. Selain itu, Islam mengharamkan makan dan minum dalam bekas yang diperbuat daripada emas dan perak secara umum.
Umumnya hukum yang diputuskan adalah haramnya cincin emas bagi lelaki dan harusnya perak. Emas yang diharamkan itu adalah emas kuning. Emas putih atau platinum ia tidak termasuk pengharaman emas ke atas lelaki kerana bukan emas dan ia adalah logam yang tidak dikenali pada zaman dahulu...

teringat pula kat sorang junior aku dulu... dulu dia ok je... berpewatakan lelaki...

tapi kini, mengapa dia berubah? teruk sangat...
di mana letaknya bekalan ilmu agama yang dibekalkan oleh ibu bapanya.
aku rasa mcm xnak jumpa dia lagi, tapi buka n ke kita berkewajipan untuk memabawa kebaikan dan mencegah kemungkaran?
cm ne ni? hmmmmmmm......
pening2 .....
berubahlah wahai saudara, anda bukanlah saudari....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan