Sabtu, 2 Januari 2010

sebab Islam haramkan emas untuk lelaki

Harian Metro, 1 Januari 2010...
di ruangan Ad-din...

aku tetarik dengan soalan ada saudara kita dari pulau pinang.

"apakah hukum lelaki memakai cincin emas putih, platinum dan suasa?"

jawapan:

Lelaki mempunyai kedudukan tertentu dalam Islam. antaranya sebagai ketua dan pemimpin. sebab itu Islam memberi perhatian sepenuhnya untuk membentuk jati diri seorang lelaki.

Dalam berhias Islam melarang lelaki daripada memakai perhiasan emas, tetapi mengharuskan perak. dalam berpakaian Islam melarang memakai sutera bagi lelaki dan membenarkan bagi wanita.Islam melarang lelaki menyerupai wanita dalam berhias dan berpakaian. Selain itu, Islam mengharamkan makan dan minum dalam bekas yang diperbuat daripada emas dan perak secara umum.
Umumnya hukum yang diputuskan adalah haramnya cincin emas bagi lelaki dan harusnya perak. Emas yang diharamkan itu adalah emas kuning. Emas putih atau platinum ia tidak termasuk pengharaman emas ke atas lelaki kerana bukan emas dan ia adalah logam yang tidak dikenali pada zaman dahulu...

teringat pula kat sorang junior aku dulu... dulu dia ok je... berpewatakan lelaki...

tapi kini, mengapa dia berubah? teruk sangat...
di mana letaknya bekalan ilmu agama yang dibekalkan oleh ibu bapanya.
aku rasa mcm xnak jumpa dia lagi, tapi buka n ke kita berkewajipan untuk memabawa kebaikan dan mencegah kemungkaran?
cm ne ni? hmmmmmmm......
pening2 .....
berubahlah wahai saudara, anda bukanlah saudari....

saat keseorangan

jam di laptop aku menunjukkan 00.15... kejapnye da nak masuk 3.1.10 kn...
dalam bas tadi punyalah penat sangat tapi bila da duk ats katil sambil ngadap laptop ni, mata terus segar lak...hahaha
so boring2 ni, aku pun mulalah menulis blog ni...

korg nk tau cter terbaru x?
tekan bawah

sewaktu aku tbe kat bilik aku,roomate aku tiada di bilik,aku sangka diorang x sampai lagi,rupa2nya diorg kat taman DR.
waktu maghrib diorg balik....
tiba2 salah sorag roomate aku tanya aku, napa x join facebook?
jwp aku dengan ringkas" malaslah,lagipun aku jarg online. melekakan semua 2..."
dia dengan bangga menbls semula..."mber2 kita ramai da main facebook, so joinlah....senang untuk share apa2...

dalam kul 9stgah mlm b4 ro call, tbe2 dtg seorg mber jmpe aku untuk bersalam2an... lagi sekali bercerita tentang facebook...

apa pentingnya facebook?
setelah mendengar apa yang sahabat baik aku cter di blognya, memang patut pun aku xjoin facebook...
btl x sahabtku?
hahaha

berkongsi kejayaan


pada 12.11.09, aku telah mewakili kolej dalam pertandingan pidato keluarga anjuran LPPKN negeri Perak..
pertandingan tersebut telah diadakan di Tower Regency Hotel, dekat je dagn kolej aku...
pertandingan tersebut melibatkan 10buah IPT di negeri perak
setiap IPT perlu menghantar 2orang wakil..
so, kolej aku telah mewakilkan aku dan kawan aku bernama Muhammad Fuad b. Anuar...
w/pun waktu minggu exam final, tapi dengan usaha dan galakan dari kawan2, kami berjaya membawa pulang kejayaan yang amat membanggakan..jom tgk pic sterusnya.


ha, pic ni saat kami baru saja tbe kat hotel 2...peserte lain blum ada,almaklumlakan diorang sume jauh,kami je yang dekat.







nak tau kptsan x?





kwn aku ni dapat tempat pertama n aku dapat tempat ketiga....
apa?
nk tau hadiah kami?
lumayan,tapi rahsia lah...hahaha
erm stakat ni dulu perkongsiaN kejayaan yang aku peroleh..
bye

kembali semula di KKI

Salam..
selamat tahun baru kepada semua yang melihat blog aku ni..
erm, 2.1.10,lagi sekali aku melangkah pergi meninggalkan rumahku yang tercinta...
mengapa?
owh, rupanya kne smbg blaja lg yang tinggal 1sem je lg...
apa?
1sem?
la da nak graduate rupanya... cepat je kn?hahaha
penatnya hari ni... sepatutnya naik bas dari segamat kul 9.30pg tp bas tba lewat, kul 10pg baru gerak....
aku tbe kat terminal medan gopeng kul 5.35ptg , pas dapat teksi trus blik kolej...
Alhamdullillah, aku selamat tbe di kolej pada jam 5.50ptg...
alamk,da nak magribla, kte sambung laen kali k...bye

Isnin, 28 Disember 2009

bermula daripada satu titik permulaan

salam perpaduan dan salam muhibbah...
sebelum mengorak langkah, ayuh kenali diriku,muhammad hafiz bin ahmad johari, berasal dari felcra bukit kepong,muar,johor..
kini, sedang menuntut di kolej kejuruarawatan ipoh dalam kursus diploma kejururawatan.

sebenarnya, dalm blog ni aku nak share ngan korg sume tentang kerjaya yang sedang aku ceburi kini, "pelik tapi benar", itulah hakikatnya kerana kini aku bergelar "male nurse"... jgn x percaya lg 1sem aku akn bergelar staff nurse under KKM...

slps SPM dulu,aku xtau nak ke mana, fkran aku byk memikirkan ke mana haluan ku, uitm ada menawarkan tempat,poli dan IPG lgsg x menerima,huhu akhirnya menyambung pelajaran dalam tingkatan 6 di smk labis...

namun, bukan tersungkur di tengah jalan tetapi mimikirkan tentang kerjaya masa depan, aku mengambil keputusan untuk berhenti form 6... bkn mengalah dengan mber2 mcm amri 2,huhu... tapi aku ditawarkan untuk mengikuti kursus diploma kejururawatan. aku berhenti f.6 pada akhir Jun 07..

1 Julai 2007, bermulalah era baru dalam hidupku, bukan sahaja berjauhan dengan keluarga dan kawan-kawan, tetapi berbekalkan minda yang kian matang, aku melapor diri di kolej kejurawatan ipoh, cawangan lumut... jauh 2 aku travell,haha..

setahun di cawangan lumut, akhirnya kami dipindahkan ke kolej kejururawatan ipoh bagi proses pembelajaran yang lebih mantap dan mendapatkan pengalaman praktikal yang lbh ...

inilah permandangan hospital tempat aku praktikal..
gmbr ni diambil dari dewan kuliah aku.

dalam bidang kejururawatan, nampak mudah tapi belajar mcm susah, cabaran mcm2 mendatang.. kdg2 mcm menyesal pun ada msuk kerjaya ni tapi perjalanan harus teruskan lagi..huhu..

setiap semester ada saja topik baru, aku diajar tentang fisiologi dan anatomi manusia, bkn tu sahaja, penyakit-penyakit,langkah-langkah perawatan dan pencegahan turut diajar.... so, wat korang semua yang ada masalah kesihatan, bolehlah minta pendapat aku k,,,huhu

gambar ni sewaktu aku sem1 kat cwgn lumut..
sebelah aku ni abg shahril yang power main bola...hahaha

gambar ni palk time aku sem2 kat lumut jgk... tapi gambar ni kat depan hostel aku

ha, yang ni plak masa sem3...gah praktikel waktu ni...
kat wad pembedahan kanak-kanak...
time keje da xde,apa lag posing la kan?hahaha

Bulleted Listgambar ni plak masa aku sem4..
waktu 2 kami kena wt flipchart untuk pendidikan kesihatan
pasal sem4 ni topik community health nursing adalah topik major...

ha ni plak, picture sewaktu aku sem 5

nak kenal ngan mber2 aku?


hanya basic kami sahaja yang ada male nurse...
sebab 2 saham kami tinggi...hahahaha

waktu aku tulis blog ni, aku gah cuti sem5, tgal bape hari je lagi aku akn naek sem6.. mksudnya tgal beberapa bulan sahaja aku akan graduate,,,huhu, xsbr lak.... tapi, mcm2 perasaan yang aku alami skrg, yang pasti aku takut sangat, ntah apa cabaran yang akn aku lalui nanti...

hmm, penat lak lah,aku ingat aku stop sampai sini dulu k... jumpa di masa akan datang